Saturday, September 6, 2008


GEMA MALAM MERDEKA

PENGENALAN
Saya Mohd. Azzan Shah bin Azman Shah dari Kumpulan 3 bagi kursus yang telah dianjurkan oleh PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNIKASI RAKYAT (PPKR) Kedaikom Kg. Lintang telah melaksanakan satu aktiviti luaran iaitu sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada malam 30hb. Ogos, 2008.

OBJEKTIF
Melaksanakan tugasan yang telah diarah oleh Kedaikom Lintang iaitu Projek Komuniti bagi memenuhi Modul yang telah disediakan oleh PPKR.

AKTIVITI
Pada 30hb. Ogos, 2008 masyarakat penduduk Kg. Lintang akan mengadakan gema MERDEKA pada malamnya. Dengan itu, saya dengan peserta yang lain iaitu Nasir, Redzuan dan Patmararaja telah menjalankan tugasan menyusun kerusi-kerusi di Dewan Orang Ramai Kg. Lintang. Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa acara pada jam 10:30 pagi hingga 4:00 petang iaitu acara pertandingan mengubah telekung, mengubah bunga, melukis dan mewarna bagi kanak-kanak KEMAS dan Tahun 1-6.

Agenda-agenda yang dijalankan pada malam 30hb. Ogos, 2008 (jam 9:00 malam) ialah:
  • Kata alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu En. Mahadzir bin Abu Bakar (Kump3) selaku Belia Kumpulan Belia 4B dari Kg. Lintang.

  • Menyanyi lagu Negaraku

  • Bacaan doa dari Tuan Haji Hambali.

  • Ucapan kata alu-aluan dari Dato Zulkifli (Naib Pengerusi UMNO Sg. Siput (U), Perak)

  • Penyampaian Sajak sempena Hari Merdeka.

  • Nyanyian Nasyid dari Kaum Ibu

  • Acara nyanyian dari adik-adik KEMAS LINTANG.



  • Persembahan lagu berkaraoke sempena Hari Merdeka.

  • Penyampaian Hadiah bagi acara yang telah diadakan siang hari.

  • Cabutan Bertuah

Pada detik 12:00 tengahmalam, semua orang yang ada di dalam dan luar dewan tersebut melaungkan MERDEKA sebanyak 5 kali, diikuti dengan bunyian mercun. Semua para tetamu dalam di dewan menyanyikan 3 buah lagu sempena hari merdeka.

Selepas semua acara selesai, saya dan kawan-kawan yang lain bergotong-royong membersihkan dewan dan mengemas kerusi dewan dengan dibantu dengan RELA yang menjaga pada malam itu.